Monday, 26 September 2016

Pelajar Buli Tidak Wajar Digantung Sekolah










    Gejala buli yang semakin ganas dalam kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dalam dada-dada akhbar, televisyen dan juga dicorong-corong radio sejak akhir-akhir ini. Jumlah kes gejala buli ini semakin hari semakin meningkat dan banyak mendatangkan  masalah kepada orang lain. Untuk membasmi kes ini ianya memerlukan tindakan yang tegas dan segera oleh pihak-pihak tertentu agar kes buli ini tidak terus menular dan semakin menjadi-jadi kepada generasi lain. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Selain itu, banyak kesan yang membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli di sekolah. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini seperti pengaruh persekitaran dan pengaruh daripada rakan-rakan sebaya atau tindakan individu itu sendiri untuk memuaskan diri sendiri. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang tegas dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pembuli agar bilangan buli dalam sekolah dapat dikurangkan. Ibu bapa dan masyarakat juga perlulah memberi sokongan dan perhatian kepada anak anak dalam membendung keadaan ini sebelum perkara ini menjadi perkara yang digeruni ramai. Selain itu,aspek persekitaran sekolah adalah penting bagi menjamin keselesaan pelajar dan pihak sekolah haruslah mengambil berat tentang kelancaran sesuatu aktiviti agar menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.
 
 
    Cadangan yang diwawarkan oleh pihak tertentu untuk mengantung pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan buli serius selama setahun dikhuatiri bakal menjejaskan masa depan mereka. Malah pihak berpatutan hendaklah membuka mata dan berpikiran luas agar menyelesaikan masalah ini dengan menjatuhkan hukuman lain kepada pembuli agar ianya menjadi satu pengajaran dan tidak menjejaskan masa depan mereka. Menurut YB Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat di dalam surat khabar Berita Harian adalah langkah itu juga tidak semestinya menyelesaikan masalah buli dalam kalangan pelajar. Katanya, kementerian bersedia membantu Kementerian Pendidikan mengkaji cadangan itu bagi mendapatkan pandangan ibu bapa, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, pertubuhan bukan (NGO) serta agensi kerajaan lain untuk mendapatkan menyelesaiankan masalah ini dengan cara yang terbaik bagi menangani masalah buli di sekolah dan sekaligus mengurangkan bilangan gejala buli oleh  pelajar sekolah.





 Program Budi Merapatkan Ukhwah
    Program budi yang perlu dianjurkan bagi semua pihak dan perlu diterapkan dalam setiap aspek persekolahan supaya mereka dapat belajar hidup bermasyarakat dan saling menghormati antara satu sama lain dan secara tidak langsung membentuk perwatakan yang mulia dan disenangi ramai.
   Menurut Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Pengasas Yayasan Budi, Tan Sri Rais Yatim berkata di dalam surat khabar Berita Harian, pelajar yang terbabit seharusnya diberi peluang kedua dengan menjalani pemulihan akhlak dan dapat memupuk nilai murni dalam diri mereka menerusi program bimbingan budi ini. Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang terbabit dalam gejala buli sebenarnya tidak mengenal erti budi secara terperinci dan kita boleh lihat dengan adanya anjuran program bimbingan budi ini ia akan menambah sedikit sebanyak sikap keprihatian dan sikap berbudi dalam diri pembuli itu. Semua pihak sekolah hendaklah mengesyorkan supaya pendidikan budi dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran bermula peringkat sekolah rendah.
    Kata Tan Sri Rais Yatim, masalah disiplin  pelajar tidak akan berlaku sekiranya mereka mempunyai program pendidikan khas bagi pelajar supaya mereka hormat dan rasa berterima kasih kepada guru, ibubapa dan kawan-kawan. Guru juga perlu diberi latihan bagi mengajar dan membimbing subjek budi ini di samping menjadikannya sebagai contoh sahsiah kepada pelajar.


Kes Penculikan Kanak-Kanak Di Malaysia





    Di Malaysia, kes penculikan  kanak-kanak pada masa kini semakin hari semakin menjadi jadi seperti orang pada zaman sekarang tidak mempunyai hati dan perasaan. Kes penculikan kanak-kanak ini makin kerap berlaku dan kes ini sangat digeruni ramai terutama sekali kepada pihak ibu bapa dan masyarakat di Malaysia. Kes ini juga boleh dikatakan berkait rapat dengan misteri van putih yang menghantui orang awam. Mereka menculik kanak-kanak menggunakan van putih yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat kita hari ini ? Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan rekod penculikan menggunakan misteri van putih di Malaysia seperti gambar di bawah:








  Pihak polis sedang melakukan siasatan untuk mencari setiap van putih yang ada di Malaysia untuk memastikan tiada van yang mencurigakan terutamanya di setiap sempadan. Kegiatan menculik kanak-kanak dengan van putih bukanlah sekadar misteri ataupun sebaran palsu tetapi sebaliknya memang benar-benar berlaku di Malaysia. Yang menjadi mungkilnya kenapa penculik itu tidak menukar warna van yang di gunakan itu kepada warna lain bukan warna putih ? Mungkin selain dari kegiatan menculik, mungkin penculik itu menggunakan van itu untuk kegunaan lain yang menyebabkan mereka tidak boleh menukar warna van sesuka hati.
Persoalannya,
    Nyawa kanak-kanak masih dalam keadan bahaya kerana mereka menculik atas dasar untuk memperoleh  organ dalaman untuk di jual dengan kadar yang tinggi nilainya bagi sesiapa yang ingin memerlukannya. Apakah tiada kemungkinan bahawa terdapat kanak-kanak yang diculik menggunakan van putih dan organ dalaman mereka diambil dan mayat mereka dicampakkan ke suatu tempat yang misteri? Harap-harap polis dapat menumpukan perhatian dan usaha untuk siasatan lebih lanjut tentang kes ini yang semakin hari semakin kejam untuk mengelakkan tergugatnya keselamatan orang awam.
 Sindiket culik semakin mengganas sejak kebelakangan ini, mereka juga tidak kira masa dan juga tempat untuk melakukan jenayah penculikan ini. Kalau sebelum ini, mereka akan mengambil kira masa dan cuaca, tetapi sekarang, di siang hari pon mereka berani menculik. Ini juga menyebabkan semua masyarakat hendaklah berhati-hati tidak kira masa  terutamanya mengawal gerak geri anak ke mana sahaja untuk mengelakkan sebarang perkara berlaku, bak kata orang 'Sediakan payung sebelum hujan'.
    Kes penculikan kanak-kanak ini juga mungkin diatas 2 tujuan, samada ingin menjual organ kanak-kanak ini ataupun sebagai alat menjana pendapatan yang di panggil sebagai wang tebusan yang di buat dengan ugutan kepada keluarga mangsa jika mereka hendak anak mereka di pulangkan dengan selamat. Kita boleh lihat sindiket culik kanak-kanak sanggup buat apa sahaja termasuklah mencederakan atau membunuh dengan kejam tanpa rasa belas kasihan, ini yang berlaku di mana-mana tempat. 

MISTERI VAN PUTIH YANG MENGHANTUI ORANG AWAM ?

  PIhak polis sedang melakukan siasatan untuk mencari setiap van putih yang ada di Malaysia untuk memastikan tiada van yang mencurigakan. Kegiatan menculik kanak-kanak dengan van putih bukanlah sekadar misteri ataupun sebaran palsu tetapi sebaliknya memang benar-benar berlaku di Malaysia. Yang menjadi mungkilnya kenapa penculik itu tidak menukar warna van yang di gunakan itu kepada warna lain bukan warna putih ? Mungkin selain dari kegiatan menculik, mungkin penculik itu menggunakan van itu untuk kegunaan lain yang menyebabkan mereka tidak boleh menukar warna van sesuka hati.
Persoalannya,
    Nyawa kanak-kanak masih dalam keadan bahaya kerana mereka menculik atas dasar untuk memperoleh  organ dalaman untuk di jual dengan kadar yang tinggi nilainya bagi sesiapa yang ingin memerlukannya. Apakah tiada kemungkinan bahawa terdapat kanak-kanak yang diculik menggunakan van putih dan organ dalaman mereka diambil dan mayat mereka dicampakkan ke suatu tempat yang misteri? Harap-harap polis dapat menumpukan perhatian dan usaha untuk siasatan lebih lanjut tentang kes ini yang semakin hari semakin kejam untuk mengelakkan tergugatnya keselamatan orang awam.