Gejala buli yang semakin ganas dalam
kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dalam dada-dada akhbar,
televisyen dan juga dicorong-corong radio sejak akhir-akhir ini. Jumlah kes
gejala buli ini semakin hari semakin meningkat dan banyak mendatangkan masalah kepada orang lain. Untuk membasmi kes
ini ianya memerlukan tindakan yang tegas dan segera oleh pihak-pihak tertentu
agar kes buli ini tidak terus menular dan semakin menjadi-jadi kepada generasi
lain. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh
meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik
pelajar yang dibuli. Selain itu, banyak kesan yang membincangkan tentang
jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang
mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli di sekolah. Buli
dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam
dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang
menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini seperti pengaruh persekitaran
dan pengaruh daripada rakan-rakan sebaya atau tindakan individu itu sendiri
untuk memuaskan diri sendiri. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang
dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah
memainkan peranan yang tegas dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada
pembuli agar bilangan buli dalam sekolah dapat dikurangkan. Ibu bapa dan masyarakat
juga perlulah memberi sokongan dan perhatian kepada anak anak dalam membendung
keadaan ini sebelum perkara ini menjadi perkara yang digeruni ramai. Selain
itu,aspek persekitaran sekolah adalah penting bagi menjamin keselesaan pelajar
dan pihak sekolah haruslah mengambil berat tentang kelancaran sesuatu aktiviti
agar menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.
Cadangan yang diwawarkan oleh pihak tertentu
untuk mengantung pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan buli serius
selama setahun dikhuatiri bakal menjejaskan masa depan mereka. Malah pihak
berpatutan hendaklah membuka mata dan berpikiran luas agar menyelesaikan
masalah ini dengan menjatuhkan hukuman lain kepada pembuli agar ianya menjadi
satu pengajaran dan tidak menjejaskan masa depan mereka. Menurut YB Datuk Hajah
Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun sebagai Timbalan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat di dalam surat khabar Berita Harian
adalah langkah itu juga tidak semestinya menyelesaikan masalah buli dalam
kalangan pelajar. Katanya, kementerian bersedia membantu Kementerian Pendidikan
mengkaji cadangan itu bagi mendapatkan pandangan ibu bapa, Majlis Kebajikan
Kanak-Kanak Malaysia, pertubuhan bukan (NGO) serta agensi kerajaan lain untuk
mendapatkan menyelesaiankan masalah ini dengan cara yang terbaik bagi menangani
masalah buli di sekolah dan sekaligus mengurangkan bilangan gejala buli
oleh pelajar sekolah.
Program Budi Merapatkan Ukhwah
Program budi yang perlu dianjurkan bagi semua pihak
dan perlu diterapkan dalam setiap aspek persekolahan supaya mereka dapat
belajar hidup bermasyarakat dan saling menghormati antara satu sama lain dan
secara tidak langsung membentuk perwatakan yang mulia dan disenangi ramai.
Menurut Penasihat Sosio Budaya Kerajaan
Malaysia merangkap Pengasas Yayasan Budi, Tan Sri Rais Yatim berkata di dalam
surat khabar Berita Harian, pelajar yang terbabit seharusnya diberi peluang
kedua dengan menjalani pemulihan akhlak dan dapat memupuk nilai murni dalam
diri mereka menerusi program bimbingan budi ini. Oleh kerana kebanyakan
daripada mereka yang terbabit dalam gejala buli sebenarnya tidak mengenal erti
budi secara terperinci dan kita boleh lihat dengan adanya anjuran program
bimbingan budi ini ia akan menambah sedikit sebanyak sikap keprihatian dan
sikap berbudi dalam diri pembuli itu. Semua pihak sekolah hendaklah
mengesyorkan supaya pendidikan budi dijadikan sebahagian daripada mata
pelajaran bermula peringkat sekolah rendah.
Kata Tan Sri Rais Yatim, masalah
disiplin pelajar tidak akan berlaku
sekiranya mereka mempunyai program pendidikan khas bagi pelajar supaya mereka
hormat dan rasa berterima kasih kepada guru, ibubapa dan kawan-kawan. Guru juga
perlu diberi latihan bagi mengajar dan membimbing subjek budi ini di samping
menjadikannya sebagai contoh sahsiah kepada pelajar.